Make your own free website on Tripod.com

9 Ogos 2006
15 Rejab 1427
Utusan Malaysia
 
 
Search Archives
Feedback
Corporate Info


 
 Ekonomi

Bank Biji Benih diwujudkan di bawah RMK-9

SERDANG 8 Ogos – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan bank biji benih dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) selaras dengan usaha meningkatkan industri pertanian negara.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan adanya bank berkenaan lebih mudah untuk petani dan pengusaha pertanian mendapatkan biji benih tanpa terlalu bergantung kepada biji benih import.

Katanya, teknologi membangunkan industri biji benih tidak memerlukan kos tinggi malah ia mudah dilaksanakan.

‘‘Setakat ini, tiada pihak menceburi industri ini dan biasanya petani atau pengusaha pertanian mengimport biji benih seperti bunga-bungaan dan sayuran-sayuran dari negara luar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pra-pelancaran Kongres Biji Benih Asia 2006 di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di sini, hari ini.

Kongres julung kali diadakan di Malaysia itu dianjurkan Mardi bersama Persatuan Biji Benih Asia Pasifik dari 12 hingga 17 November ini dan dijangka dihadiri 350 peserta dari 35 negara.

Muhyiddin berkata, dengan adanya bank biji benih berkenaan, kementerian dapat mengumpul maklumat mengenai jenis biji benih, keperluan dan permintaan bahan itu oleh industri pertanian.

Katanya, Mardi dipertanggungjawabkan membangunkan bank berkenaan dan kini agensi itu sedang mengenal pasti biji benih sesuai untuk dikumpulkan.

‘‘Ketika ini, kita sudah ada bank biji benih padi. Bagi projek dalam RMK-9, kita akan membangunkan biji benih buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan kacukan,’’ katanya.

Muhyiddin menambah, kementeriannya menggalakkan lebih banyak pihak terutama syarikat besar terbabit dalam industri biji benih.

Katanya, kementerian juga akan memberi pelbagai insentif untuk mereka yang berminat menceburi industri berkenaan termasuk bantuan fiskal, kewangan dan teknologi.


 

Tajuk-tajuk Berita
  • Tahap pegangan takaful Malaysia tertinggi dunia
  • Pertumbuhan separuh kedua tahun ini kukuh
  • Bursa Malaysia kukuh diakhir dagangan
  • PKS perlu tukar cara berfikir
  • Automotif: Hanya 2 % pengusaha bumiputera
  • Pengguna jalur lebar cecah 1.3j
  • Kos projek monorail Johor Bahru RM1.3 bilion
  • Bank Biji Benih diwujudkan di bawah RMK-9

  • [an error occurred while processing this directive]

    © UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: online@utusan.com.my
    | Terms of Use |