Make your own free website on Tripod.com
Logo Berita Harian
Rabu, 09 Ogos 2006 Laman Utama Redaksi Siapa Kami? Hubungi Kami Arkib Seminggu Lain-lain Media
 
 

• Nasional • Dunia • Ekonomi • Sukan • Citra • Hip • Agama • Komputer • Dimensi • Rencana • Surat • Diagnosis • Skuad • Pendidikan • Sastera • Destinasi • Auto • Lanskap • Dekor • Edisi Utara • Edisi Timur • Edisi Sentral • Edisi Johor • Edisi Sabah & Sarawak • Bintang Popular • Ikon • EpG • Gawang • Joran • Web Sekolah • RSS Feed •


 
waktu solat
Waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur...
SUBUH 5:52
ZUHUR 13:20
ASAR 16:39
MAGHRIB 19:26
ISYAK 20:38
Waktu solat kawasan lain...
Promosi
bullet Berita Harian dan Harian Metro - Versi PDA
bullet Berita Harian - Versi Digital
bullet NSTP Classifieds - tempah iklan di akhbar
bullet Arkib Berita semenjak 1991
Maklumat Penuh...
KLIK KHAS
bullet Gawang
bullet Bajet2006
bullet Sumber Terbuka
bullet Galeri Video
bullet Galeri Seminggu
bullet Anugerah Bintang Popular
bullet Perhimpunan Agung UMNO
bullet Senarai Kabinet 2006
bullet Terima Kasih Dr Mahathir
TANYA DOKTOR
?? Darah tidak padan boleh sebabkan maut
?? Teknik epidural atasi sakit bersalin
?? Anda tanya doktor jawab: Darah, lendir mungkin simptom radang usus

Emel Doktor:
tanyadoktor@bharian.com.my
www.nstp.com.my
www.emedia.com.my
www.hmetro.com.my
www.nst.com.my
www.mmail.com.my
Klik DBP
Berita Sawit



Bank biji benih ditubuh


SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan bank biji benih pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) selaras usaha meningkatkan industri pertanian negara.


Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kewujudan bank berkenaan akan memudahkan petani dan pengusaha pertanian mendapatkan biji benih tanpa terlalu bergantung kepada import bahan berkenaan.

Katanya, teknologi untuk membangunkan industri biji benih tidak memerlukan kos tinggi, malah mudah dilaksanakan.

“Setakat ini, tiada pihak yang menceburi industri ini dan biasanya petani atau pengusaha pertanian mengimport biji benih seperti bunga-bungaan dan sayuran-sayuran dari negara luar,” katanya pada praperasmian Kongres Biji Benih Asia 2006 di ibu pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di sini, semalam.

Kongres yang julung kali diadakan di Malaysia itu anjuran Mardi bersama Persatuan Biji Benih Asia Pasifik dari 12 hingga 17 November ini dijangka dihadiri 350 peserta 35 negara.

Muhyiddin berkata, dengan adanya bank biji benih berkenaan juga kementerian dapat mengumpulkan maklumat mengenai jenis biji benih, keperluan dan permintaan bahan itu oleh industri pertanian.

Katanya, Mardi dipertanggungjawabkan membangunkan bank berkenaan dan kini agensi itu mengenal pasti biji benih yang sesuai untuk dikumpulkan.

“Ketika ini, kita sudah ada bank biji benih padi. Bagi projek RMK-9 ini, kita akan membangunkan biji benih buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan kacukan,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementeriannya menggalakkan lebih banyak pihak terutama syarikat besar terbabit dalam industri biji benih.

Katanya, kementerian berkenaan akan memberikan pelbagai insentif untuk mereka yang berminat menceburi industri berkenaan termasuk bantuan fiskal, kewangan dan teknologi.

“Sesiapa berminat boleh memohon kepada kementerian dan kita bersedia memberikan bantuan, insentif termasuk potongan cukai bagi mengembangkan lagi industri biji benih ini,” katanya.

Ditanya mengapa industri berkenaan kurang mendapat sambutan, katanya, pengusaha tempatan tidak mengetahui mengenai peluang besar dalam industri biji benih.

“Potensi industri ini cerah pada masa depan selaras usaha kerajaan meningkatkan sektor pertanian dan makanan negara pada RMK-9 dengan permintaan terhadap biji benih berkualiti terutama biji benih sayuran meningkat,” katanya.

Mengenai penurunan import biji benih daripada RM18.22 juta pada 2000 kepada RM7.5 juta tahun lalu, katanya, perkara itu berlaku kerana petani dan pengusaha pertanian mengusahakan sendiri penghasilan biji benih dan tidak bergantung kepada import.




Rakan BH

Hantar pada kawan!
Format Pencetak
Artikel di Berita Nasional :

IKLANMAYA


• Nasional • Dunia • Ekonomi • Sukan • Citra • Hip • Agama • Komputer • Dimensi • Rencana • Surat • Diagnosis • Skuad • Pendidikan • Sastera • Destinasi • Auto • Lanskap • Dekor • Edisi Utara • Edisi Timur • Edisi Sentral • Edisi Johor • Edisi Sabah & Sarawak • Bintang Popular • Ikon • EpG • Gawang • Joran • Web Sekolah • RSS Feed •


Copyright 2006 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.